Tuesday 21 February 2012

Projek sambung kabel ASTRO








Semalam Cikgu Fariza telah memaklumkan saya tentang TV untuk tayangan ASTRO telah pun dialihkan ke bahagian belakang di bilik APD dari bahagian hadapan PSS.Jadi kabel yang sedia ada tidak cukup panjang untuk disambungkan ke tempat yang baru.Kalau upah pasang pun saya jangkakan mahal juga.

Saya melihat terdapat dua alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Yang pertama ialah menyambung sahaja kabel lama dengan yang baru dan kedua mengalihkan saja piring ASTRO itu ke bahagian berhampiran atau berdekatan dengan TV dan kabel lama boleh digunakan.

Untuk mangalihkan piring ASTRO tersebut saya melihat terdapat beberapa kekurangannya.Iaitu untuk mencari tempat letak paling sesuai agar ianya tidak begitu ketara kehadirannya.Dan juga mungkin saya terpaksa menanggung risiko kalau pemasangan saya nanti kurang kemas dan nanti saya akan disalahkan…..heheheh

Jadi saya ambil alternatif pertama iaitu menyambungkan saja dengan kabel baru.Maksudnya disini untuk mengurangkan lagi kos kita Cuma perlu menambahkan panjang kabel dengan yang sedia ada.So kita tidak perlu membeli terlalu panjang kabel yang baru yang akan memakan kos yang akan lebih banyak.

Jadi persoalannya…..bila saya nak mulakan ni????
Kena cari masa sesuai la nampaknya.Untuk memasangnya saya jangkakan mengambil masa 30 minit….masa paling lama kerana saya akan melakukan seorang diri….InsyaAllah …tiada masalah.Saya akan cuba sebaik mungkin.

Jadi alatan telah sedia seperti dalam gambar tu…..semua peralatan adalah hakmilik peribadi ye…..heheheheso tak risau kalau rosak…sendiri marah la….hahahah

So nantikan bila projek ni siap…..;)

InsyaAllah

1 comment:

  1. Salam dik. .macamana projek ni berjaya tak? Macamana caranye ye?
    noratikah.vehicle@gmail.com

    ReplyDelete