Thursday 16 February 2012

Pelancaran Kempen Membaca

Pada 13 Februari 2012 yang lalu, telah diadakan Pelancaran Kempen Membaca dan NILAM 2012.Pada sesi Pagi pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Slim Pn Hjh Siti Mariam bt Hj Joned manakala pada sesi petang telah dirasmikan oleh PK Petang Pn Sharifah bt Sharif.

Antara aktiviti yang diselitkan termasuklah Tiga orang pelajar 4 Aspirasi, Nur Syamsiah, Rubiatul Adawiyah dan Nur Mahirah menunjukkan satu koleksi buku tentang Rasulullah. Mereka turut membacakan sinopsis tentang salah satu daripada buku tersebut. Tuan pengetua juga turut menyerahkan buku rekod nilam kepada semua penyelaras tingkatan.


No comments:

Post a Comment