Sunday 19 February 2012

Apa itu USP?

 Apa khabar warga SMS dan semua yang mengunjungi blog ini.Hari ini saya ingin memberi sedikit perkongsian maklumat kepada anda.
Apa USP dan kaitan dengan carian maklumat?
Perkhidmatan USP (Universal Service Provision) diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk kawasan luar bandar dan penduduk bandar dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi dan capaian internet.  Projek ini adalah usahasama di antara Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi (KTAK), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Internet Provider (ISP) yang dilantik seperti Maxis dan TM.
Perkhidmatan ini diperluaskan kepada perpustakaan desa. Pernahkah anda mengunjungi perpustakaan desa ini.?Jikalau tidak pernah anda bolehlah mencarinya di kawasan anda.Mungkin ada tanpa kita sedari.Mungkin anda boleh mendapatkan khidmat dan manfaatnya dari perpustakaan desa ini. 
Perkhidmatan USP ini memberi kemudahan kepada pengunjung untuk menggunakan kemudahan komputer yang dilengkapi jaringan Internet secara percuma.Kebanyakan pengguna USP adalah pelajar sekolah dan menjadi tumpuan mereka pada sebelah petang. Para pelajar ini akan menggunakan talian Internet untuk mencari sumber maklumat sebagai bahan rujukan. Ada juga guru-guru yang sedang mengikuti pengajian lanjutan atau pengajian luar kampus menggunakan USP sebagai salah satu sumber bahan rujukan mereka.
Projek USP ini mempunyai beberapa fasa.Usaha asas yang telah dijalankan ke arah ini sejak beberapa tahun yang lalu adalah melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat
(USP). Program USP menyediakan kemudahan akses Internet dan telefon kepada individu atau kumpulan di kawasan kadar penembusan telekomunikasi yang rendah juga.Pelaksanaan USP berupaya menggalakkan pemasangan lebih banyak talian dan aplikasi telekomunikasi di kawasan luar bandar dalam usah memastikan masyarakat di negara ini dapat turut serta dalam pembangunan negara menggunakan teknologi telekomunikasi.
Pembangunan modal insan seperti mana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri, turut berupaya memainkan peranan yang penting dalam merapatkan jurang digital melalui peningkatan kualiti pendidikan dan latihan.
Urusan pentadbiran dan perdagangan secara elektronik hanya akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya jika negara mempunyai akses kepada infrastruktur ICT yang lengkap dan masyarakat kita benar-benar celik komputer. Usaha kerajaan memperluaskan kemudahan infrastruktur telekomunikasi ke seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar bagi merangkai perhubungan ICT yang menyeluruh dan berimbang akan membantu merapatkan jurang digital ini. 

No comments:

Post a Comment