Pengenalan


Sejarah PSS SMK Slim

Mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Pusat sumber SMK Slim terletak di tingkat 2 Blok B.


DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

       Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
       Pusat sumber  sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
       Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
 

KONSEP

        Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
        Satu Tempat:
        Koleksi:
        Perkhidmatan:
        Agen Perubahan:


OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah   tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan   penggunaan maklumat secara sistematik.
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan   dan bahan pengajaran - pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang   berbeza di kalangan    pelajar - pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses   pembelajaran.
 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 
1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan    kokurikulum.
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu   atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai   untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk   kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan   maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi   memudahkan proses pembelajaran.

 CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi,   tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang   tahun.
Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat   bahan , alatan dan maklumat.
Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -   pembelajaran
Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu   kurikulum.

No comments:

Post a Comment