Tuesday 21 February 2012

NJOI

Dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam industri televisyen satelit tempatan, Astro hari ini telah pun mengumumkan perkhidmatan baru daripada mereka, dinamakan sebagai NJOI, dimana melaluinya ia menawarkan perkhidmatan televisyen satelit secara percuma, tanpa sebarang caj bayaran bulanan.
Melalui perkhidmatan Astro NJOI tersebut, para pengguna akan mendapat akses percuma kepada lebih 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio. Buat masa ini, pendaftaran untuknya masih belum dibuka, dan dijangka akan mula beroperasi pada suku tahun pertama tahun 2012 kelak.
Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma, tanpa sebarang caj bulanan, namun para pengguna perlu mendapatkan dekoder khas daripada Astro untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Jika dahulu hanya mereka yang terpilih saja contohnya mereka yang menjadi penerima program eKasih kini orang ramai juga boleh memilikinya.Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.
Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.
Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.
“Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan,” katanya

No comments:

Post a Comment