Sunday 18 March 2012

PROGRAM NILAM 2012

SENARAI PEMENANG BULAN JANUARI DAN FEBRUARI 2012

PENGUNJUNG BERTUAH
1. AINA NAJWA - 2RK
2.NURUL JANNAH - 1 A
3.PN. HJH. UMMI KALSOM
4. PN. ROSLIZA BT HAMZAH


PEMINJAM BERTUAH
1. JANANI A/P RAMANATHAN - 4A
2. EN.ANIZAT B TARLAN


PEMBACA TERBANYAK
1. NOR AZLINA BT ABD AZIZ - 3RK (82 BUAH BUKU)
2. MAGESWARY A/P KANNAN - 2H (54 BUAH BUKU)


SUDUT NILAM KELAS
KELAS 2RK

Thursday 8 March 2012

Buku Bercakap Dengan Jin



Pernahkah anda mendengar tentang buku ini ? Ia dikatakan antara buku yang telah mendapat sambutan bagi peminat dunia misteri dan alam ghaib. Pengarang buku ini bernama Tamar Jalis. Ianya mempunyai beberapa siri terbitan.Tamar Jalis adalah nama samaran Mohd. Radzi B Mahmud.Siri buku ini telah mencecah 284 buah siri.Ia dikategori sebagai sebuah buku Novel dan telah diterbitkan sejak 1981.Jualannya hampir mencecah sejuta naskah.


Kini telah keluar berbagai buku dan novel yang seperti ini.Seperti juga isu filem dan drama berbentuk seram di kaca tv dan pawagam adakah buku-buku seumpama ini sesuai untuk bacaan peringkat mereka yang masih berusia muda?









Tuesday 6 March 2012

WOW! PSS PSN


Pusat Sumber di Pusat Sains Negara

Pusat Sumber PSN pada mulanya ditubuhkan sebagai tempat rujukan kepada staf PSN di dalam menjalankan tugas mereka. Apabila koleksi Pusat Sumber PSN menjadi semakin besar pihak pengurusan PSN merasakan koleksi ini patut dikongsi bersama dengan orang ramai. Mulai tahun 2000 orang ramai mula dibenarkan menggunakan kemudahan di Pusat Sumber PSN secara percuma. Bermula dari November 2005 perkhidmatan pinjaman hanya diberikan untuk ahli Kelab Pusat Sains Negara sahaja.
Koleksi utama pusat sumber adalah di dalam bidang sains dan teknologi. Koleksi bahan dipilih untuk memenuhi kehendak pengguna yang terdiri daripada:-
Kakitangan PSN
Golongan pelajar
Masyarakat umum
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah:-
Pinjaman
Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan
Perkhidmatan fotokopi - Perkhidmatan disediakan dan dikenakan bayaran 10 sen sekeping bagi saiz A4 dan 30 sen bagi saiz A3
Tempahan Bilik Pandang Dengar
Perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat - Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan Perpustakaan secara lebih berkesan, membantu mendapatkan maklumat/bahan-bahan yang diperlukan, memberi tunjukajar cara menggunakan katalog dan bahan-bahan rujukan dan menjawab segala pertanyaan.
Pameran prolehan baru - Buku yang baru diterima dan telah siap diproses akan dipamerkan selama sebulan sebelum dibenarkan untuk pinjaman.
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Khamis : 9.00 pg - 5.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 12.15 tgh & 2.45 ptg - 5.00 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 1.30 tgh
Ahad, Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga serta cuti umum : Tutup
Ahad dan cuti umum - tutup 

Dari gambar di atas pasti ramai yang teruja untuk ke sana.Tentu seronok mencari ilmu di tempat yang selesa dan menarik.