NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.

MATLAMAT
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

OBJEKTIF
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

KOMPONEN

Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

TAHAP

Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :

a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 ke atas
NILAM

Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atas NILAM

PELAKSANAAN

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.


CIRI-CIRI  PERLAKSANAAN NILAM


q     Rekod Bacaan

Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisian rekod melatih pelajar contohnya :  mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku.

q     Borang Rekod Bacaan.

Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya  menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar berkenaan. 

q     Pengiktirafan Tokoh Membaca

Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaan tertinggi dan diberikan Anugerah NILAM.



TAHAP RAKAN PEMBACA    

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

Ø Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.

Ø Murid-murid pada tahap  Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan  aktiviti yang dijalankan murid secara  formal atau tidak formal.

Ø Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan  dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.

Ø Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama  rakan-rakan di sekolah  seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan  mengikut berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.





Ø Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP:


MARKAH

PENGIKTIRAFAN
 
100-199
 
Gangsa
 
200-299
 
Perak
 
300-399
 
Emas
 
400 ke atas

NILAM

















CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN
TAHAP  RAKAN PEMBACA

q     Aktiviti bercerita                 -  1 sesi  x   5   pendengar (min)    = 5 markah
q                                              -  1 sesi  x 100 pendengar              = 5 markah 

q     Membaca bersama            - 1 sesi  x   3   pendengar              = 3 markah
q                                               - 1 sesi  x   5   pendengar              = 5 markah
q                                               - 1 sesi  x  10  pendengar              = 5 markah

q     Bicara Buku                    - 1 sesi  x   2   pendengar            = 2 markah
q                                               - 1 sesi  x   5   pendengar              = 5 markah
q                                               - 1 sesi  x  10  pendengar              = 5 markah
 
q     Meminjamkan buku            - 1 buku x  2    peminjam               = 2 markah
q                                               - 1 buku x  5    peminjam  (max)    = 5 markah
q                                               - 2 buku x  5    peminjam             = 10 markah           


# Nota :  pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukan   
    bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi, 
    markah  tetap diberikan kepada minimum pendengar.


GANJARAN

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi  pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. 

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

q     Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid  pada setiap akhir tahun.

q     Markah Rekod bacaan ini  dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah. 

q     Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.

q     Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.

q     Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah Nilam.


CONTOH-CONTOH AKTIVITI  MEMBACA 

q     Projek Pukal  -

o   Setiap kelas dibekalkan 50-100  naskah buku  dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

q     Projek Iqra’  -

o   Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai sebuah buku ‘Rekod Bahan Bacaan’ dan mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yang dibaca.

q     Program Banyak Membaca –

o   Ia adalah khusus untuk Tingkatan 1 dan 2 . Pelajar digalakkan membaca seberapa banyak buku dan dicatatkan ke dalam borang khas yang dianalisis setiap tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar yang paling banyak membaca.

q     Khemah Membaca  -

o   Kem ini diadakan pada tiap-tiap  tahun . Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
         pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.

q     Kuiz Bistari   -

o   Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah, AIDS, Sejarah  dan Bahasa Inggeris.  Pemenang akan dipilih  dan diberikan hadiah insentif.



CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM

q     Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

q     Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber . Pada Minggu Pusat Sumber , pelbagai aktiviti boleh dijalankan; seperti   Bercerita, Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara tentang buku yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku 

q     Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN YANG PERLU DIBERI PENEKANAN :

q     Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Penyelaras pusat sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat pelajar untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.

q     Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir kurang memberi sokongan dalam menjalankan sebarang aktiviti pusat sumber. Ini termasuklah menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.

q     Penglibatan ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya  ibubapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah contohnya  memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan   seumpama ‘Teka-Silangkata’ dan latihan menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.

q     Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan Anugerah NILAM.


BUKU BACAAN NILAM SEKOLAH MENENGAH






2 comments: