Tuesday 18 February 2014

Thursday 12 September 2013

HARI ICT DAN KEUSAHAWANAN SMK SLIM 2013

HARI ICT DAN KEUSAHAWANAN SMK SLIM

Tarikh : 21 September 2013
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Slim
Semua dijemput hadir memeriahkan acara.

Sunday 8 September 2013

PMR semakin hampir!!!

PMR semakin hampir!!!
Teruskan mempersiapkan diri anda dengan lebih mantap untuk menghadapi PMR 2013.Anda boleh lihat countdown di sisi dan di bawah blog ini sebagai peringatan buat anda.

Teruskan usaha
Teruskan semangat sehingga tamat PMR!!!

Friday 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA

Salam sejahtera semua!!!!

Wah....hari ini adalah hari terakhir persekolahan di bulan Ramadhan ini.Ini bermakna kita akan bercuti dan Hari Raya semakin dekat. Semoga dalam percutian anda semua akan mendapat cuti yang berkualiti. Berkualiti bermaksud anda menggunakan setiap saat dengan perkara yang mendatangkan manfaat buat diri kita dan juga orang lain.
Menyentuh tentang Hari Raya jika anda perasan pada masa ini sukar untuk kita melihat kemeriah kedai-kedai menjual kad hari raya.Rasanya generasi yang bersekolah pada masa ini mungkin tidak begitu biasa atau tidak pernah menggunakan atau menghantar kad ucapan selamat hari raya.Ini mungkin kerana pada zaman ini telah banyak pilihan dan cara  untuk kita memberikan ucap selamat hari raya.
Mungkin kita masih boleh melihat kad hari raya tetapi dalam bentuk yang berbeza iaitu dalam bentuk kad hari raya digital.Kemudahan internet yang semakin meluas menyebabkan ramai antara kita menggunakan cara ini bagi mengucapkan selamat hari raya selain dari menggunakan kemudahan telefon bimbit.
Apa pun cara yang digunakan,tujuannya tetap sama iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kita sempena Hari Raya ini.
Saya dan pihak PSS SMK Slim menggucapkan selamat hhari raya buat semua warga SMK Slim.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.


Monday 22 July 2013

Sunday 21 July 2013

Bulan Kemerdekaan 2013

 
Salam sejahtera semua....
Hari ini sekolah melancarkan Bulan Kemerdekaan 2013.
Marilah kita sama-sama menyemarakan sambutan kemerdekaan dan semaikan perasaan cintakan tanahair kita! Kita juga boleh menambahkan pengetahuan kita mengenai tokoh-tokoh negara kita yang telah banyak berjasa kepada negara.
Buku bertajuk Mencari Damai Di hati ialah salah satu contoh buku yang baik untuk bacaan kita. Buku ini adalah berkisar tentang kehidupan mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali dengan panggilan Pak Lah.
Buku ini telah ditulis oleh S.Hashim Ahmad.Buku yang agak tebal halamannya ini menceritakan kisah kehidupan Pak Lah sebelum dan setelah bergelar Perdana Menteri. Bagi yang ingin membaca buku ini bolehlah mencarinya di pusat sumber sekolah dengan nombor 920S.H di rak buku berkaitan.

Thursday 18 July 2013

Lestari Cemerlang

Pada 29 Jun 2013 yang lalu berakhirlah kerjasama syarikat MNRB dan pihak SMK Slim di mana pihak PSS juga turut bergiat aktif dalam menjana aktiviti untuk para pelajar berdasarkan bantuan yang di terima.
Menerusi program yang dijalankan sejak 2011 itu, MNRB memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan pelbagai program berbentuk akademik termasuk Hari Anugerah Cemerlang, baru-baru ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Manakala, majlis penutupan Program Lestari Cemerlang yang turut diadakan pada masa sama bertujuan mengiktiraf dan berterima kasih kepada MNRB yang membantu sekolah menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar.

Pengetua SMK Slim River, Siti Mariam Junid berkata, menerusi sumbangan khidmat komuniti itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan sekali gus meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam aspek kokurikulum dan akademik.

“Sokongan ini bukan saja meringankan bebanan sekolah, malah memberi peluang pelajar memperbaiki diri terutama pencapaian akademik.

“Terima kasih kerana melalui sokongan ini juga berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan semua,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Mohd Nizar Zakaria, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad, Din Marican dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Md Lazim Idris.

Program diserikan dengan persembahan tarian Melayu tradisional, persembahan koir serta kehadiran pelajar cemerlang SPM tahun lalu, Nur Hanida Azera Shahidan yang juga dinobatkan Tokoh Pelajar 2012.

Guru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum turut menerima sijil penghargaan.

Sepanjang tempoh program Lestari Cemerlang, pelbagai program akademik dijalankan termasuk kelas tambahan, kem motivasi, penyediaan set ulangkaji sekolah serta sumbangan komputer dan penajaan pakaian sukan.

Menerusi sokongan itu sekolah berkenaan meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan utama ke tahap membanggakan.

Nur Hanida Azera yang memperoleh 9A, berkata program itu banyak membantunya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM.

“Program ini bersistematik dan banyak membantu saya memperoleh pelbagai ilmu serta memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus mencipta kejayaan dan mengejar cita-cita sebagai doktor,” katanya yang kini sedang mengikuti kursus Program Asasi Sains di Universiti Malaya.

Program Lestari Cemerlang akan diteruskan di SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan selepas ini.


Sumber : Harian Metro
              Guru PSS Pn. Noor Fariza Abdul Rahman menerima hadiah penghargaan.

                                        Pengetua SMK Slim Pn. Hjh> Siti Mariam Bt Hj. Joned

                                                                    Koir SMK SLIM


                                                         Berita berkaitan di Harian Metro