Tuesday, 29 January 2013

Mari membaca


Persiapan Sebelum Membaca
  1. Pilihlah waktu yang  sesuai untuk membaca. Waktu yang sesuai disini adalah waktu dimana tidak terdapat gangguan, baik dari luar maupun dari dalam diri kita. Waktu yang sesuai disini bermaksud masa atau ketika yang kita tahu kita boleh memberikan tumpuan 100% pada bacaan. Namun, ada beberapa pandangan bahawa waktu yang baik untuk membaca, khususnya buku pelajaran, adalah di waktu pagi .
  2. Pilihlah tempat dan suasana yang sesuai untuk membaca, iaitu tempat yang terang, sejuk, bersih, nyaman, tenang dan jauh dari gangguan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.
  3. Pastikan posisi membaca kita adalah posisi yang sesuai. Posisi yang sesuai pada waktu membaca adalah duduk dengan posisi badan tegak, tidak membongkok, dan pastikan jarak antara buku dengan mata kita lebih kurang  30cm.
  4. Siapkan juga hal-hal yang biasanya membantu kita dalam membaca, seperti pensil ,nota kecil dan sebagainya.
  5. Ada baiknya sebelum belajar kita berdoa terlebih dahulu sesuai dengan kepercayaan agama masing-masing supaya ilmu yang kita dapat lebih bermanfaat.

Saturday, 12 January 2013

Kad PSS 2013

Pelajar boleh membuat bayaran sebanyak RM2 dan menyertakan sekeping gambar ukuran pasport untuk tujuan membuat kad PSS , khasnya bagi pelajar Tingkatan Satu 2013 yang baru mendaftar di SMK Slim.Anda boleh berurusan dengan guru kelas.Di harap pelajar dapat menjelaskan bayaran serta menghantar gambar bagi tujuan tersebut dengan kadar segera.

Sekian terima kasih.

Monday, 31 December 2012

Selamat datang 2013


Warga PSS SMK Slim mengucapkan selamat tahun baru
Selamat kembali ke sekolah
Berazam untuk terus meningkatkan keupayaan diri untuk berjaya dunia akhirat

Monday, 6 August 2012

Pertandingan PSS peringkat Daerah 2012




Gambar-gambar sekitar kehadiran para hakim menghakimi PSS pada 5 Julai 2012.Mereka terdiri dari Pn Aini Fadiyah Bt Musa dari PTD PKG Tasek, Azatus Sakhia Bt Shakir Mashkor dari PTD PKG Simpang dan Zamzuri Ismail dari PTD PKG Bota.

Friday, 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Bagi warga PSS kami ingin mengucapkan selamat datang Ramadhan.....dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga SMK Slim....
Semoga ibadah kita diterima Allah SWT

Wednesday, 4 July 2012

Persediaan Untuk Pertandingan PSS peringkat Negeri

Hari ini pihak sekolah akan menerima kunjungan para Hakim yang akan menghakimi PSS sekolah bagi peringkat negeri.Persiapan rapi telah dilakukan dan segala kemudahan yang sedia ada telah di perkemaskan.Kejayaan PSS sekolah mewakili peringkat negeri memberikan banyak pengalaman buat pantadbir , kakitangan akademik juga kakitangan bukan akademik.Mewakili pihak Batang Padang memberikan impak yang cukup besar buat warga sekolah untuk lebih bersemangat dalam menjayakan program-program pihak Kementerian Pelajaran.



Semoga kejayaan PSS SMK Slim memberikan inspirasi buat warga sekolah Batang Padang khususnya dalam memartabatkan pendidikan di daerah ini.