Objektif,Misi dan Visi

Objektif

a)  Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan  pelajaran tambahan yang mendalam dan kemaskini.

b)  Memupuk kemahiran menggunakan bahan- bahan PSS dengan berkesan di kalangan  pelajar.

c)  Memupuk dan menanamkan kemahiran pelaja agar mereka dapat menjadi pelajar yang dedikasi, matang dan berdisiplin.

d)  Membantu memupuk dan mengembangkan  bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan.

e)  Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik di kalangan pelajar.

f)  Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran.

g)  Membantu, bekerjasama dan menasihat  guru-guru dalam perancangan dan penyediaan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti untuk pengajaran.

h)  Membantu guru menyedia dan menghasilkan  bahan-bahan untuk pengajaran.

Fungsi

a)  Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum

b)  Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran

c)  Menyediakan alatan repografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran

d)  Merupakan tempat bahan pengajaran – pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah

e)  Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan perkembangan terkini dalam bidang  pendidikan dan
teknologi

f)   Menjadikan pusat sumber pusat perhubungadi antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman  bahan yang diperlukan

g)  Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran

h)  Memberi panduan mencari, mengguna,  menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum

i)  Menyediakan peluang pelajar mengembangkan  kemahiran pembelajaran kendiri

j)  Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat

VISI

Semua warga sekolah dapat membudayakan teknologi pendidikan bagi mencapai keputusan akademik dan sahsiah yang cemerlang.

 MISI 
Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan pusat sumber sekolah akan ;

   Menyediakan perkhidmatan dan suasana yang sesuai sebagai pusat sumber dan penyebaran ilmu di SMK Slim


No comments:

Post a Comment