Monday, 31 December 2012

Selamat datang 2013


Warga PSS SMK Slim mengucapkan selamat tahun baru
Selamat kembali ke sekolah
Berazam untuk terus meningkatkan keupayaan diri untuk berjaya dunia akhirat

Monday, 6 August 2012

Pertandingan PSS peringkat Daerah 2012




Gambar-gambar sekitar kehadiran para hakim menghakimi PSS pada 5 Julai 2012.Mereka terdiri dari Pn Aini Fadiyah Bt Musa dari PTD PKG Tasek, Azatus Sakhia Bt Shakir Mashkor dari PTD PKG Simpang dan Zamzuri Ismail dari PTD PKG Bota.

Friday, 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Bagi warga PSS kami ingin mengucapkan selamat datang Ramadhan.....dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga SMK Slim....
Semoga ibadah kita diterima Allah SWT

Wednesday, 4 July 2012

Persediaan Untuk Pertandingan PSS peringkat Negeri

Hari ini pihak sekolah akan menerima kunjungan para Hakim yang akan menghakimi PSS sekolah bagi peringkat negeri.Persiapan rapi telah dilakukan dan segala kemudahan yang sedia ada telah di perkemaskan.Kejayaan PSS sekolah mewakili peringkat negeri memberikan banyak pengalaman buat pantadbir , kakitangan akademik juga kakitangan bukan akademik.Mewakili pihak Batang Padang memberikan impak yang cukup besar buat warga sekolah untuk lebih bersemangat dalam menjayakan program-program pihak Kementerian Pelajaran.



Semoga kejayaan PSS SMK Slim memberikan inspirasi buat warga sekolah Batang Padang khususnya dalam memartabatkan pendidikan di daerah ini.

Sunday, 1 July 2012

KAD PSS






Selamat sejahtera warga SMK Slim.
Hari ini post adalah berkaitan dengan kad PSS yang canggih ini.Kenapa canggih? Tentulah sebab dengan kad ini memudahkan lagi urusan anda di PSS.Ia mempunyai kod bar yang akan memudah dan menjadikan urusan anda di PSS lebih cepat dan lebih baik.
Jadi....sudahkah anda memiliki kad ini?
Bagi murid Tingkatan 1 tahun ini kad telah pun diedarkan.Disini saya ingin memberikan ingatan kepada yang belum mendapatkan kad ini terutama murid yang baru atau berpindah ke SMK Slim,sila dapatkan di PSS sekarang.Anda terlebih dahulu perlu mempunyai gambar ukuran pasport yang akan diambil sendiri oleh pihak PSS dan dimasukkan ke dalam data maklumat.
Jika ada di kalangan murid-murid yang masih belum mendapatkan kad ini sila rujuk dari guru tingkatan anda atau datang sendiri ke PSS untuk pertanyaan lanjut.Kad ini amat penting untuk anda.Bukan sahaja murid malah guru juga memiliki kad ini.
Jadi...apa tunggu lagi...???
Bukankah membaca di PSS itu menyeronokan??? Kan?

Terima kasih...sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, 2 May 2012

PEMENANG ANUGERAH NILAM BULAN MAC

PENGUNJUNG BERTUAH

1. MUHAMAD FAIZ B MOHD RAZALI(2B)
2. NORHIDAYAH BT SHAARI(4A)
3. PN. NORHAYATI BT ISMAIL

PEMINJAM BERTUAH

1. NUR AISYAH (2RK)

PEMBACA TERBANYAK

1. MIMI ZAIDATULHANIM BT SUID (1A)
2. NORHIDAYAH BT ABD WAHAB (3RK)
3. FLORANIKANEE A/P TAISIN (3A)
4. NURFAZLIANA BT MD NASIR (4A)


SUDUT NILAM TERBAIK

1 HARMONI