Thursday, 19 April 2012

Ruangan Koleksi Terkini


Apa khabar warga SMS?
Hari ini saya ingin menyentuh tentang beberapa ruangan yang terdapat di dalam PSS sekolah kita. Saya rasa pasti ramai telah tahu.Hari ini saya ingin menyentuh tentang sudut Koleksi Terkini.

Jika anda ingin mendapatkan bahan-bahan terbaru, anda boleh terus ke sudut koleksi terkini untuk melihat apakah buku atau bahan-bahan terkini yang ada di PSS. Bagi mendapatkan maklumat lanjut jangan malu-malu bertanya di kauntar PSS.

Bak kata pepatah Malu bertanya sesat jalan....

Betul tak?


Friday, 6 April 2012

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia diperingati setiap tanggal 23 April, tarikh tersebut merupakan tarikh kematian penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes iaitu pada tahun 1616. Tanggal 23 April juga sebagai tanggal lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.
 
Buku merupakan hal penting bagi kita, dengan buku kita dapat mempelajari banyak hal yang tidak kita ketahui sebelumnya. Buku memberikan pencerahan bagi siapa saja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik sekaligus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Dunia begitu luas dan kita dapat menikmatinya lewat buku, oleh kerana itu buku sering dikatakan sebagai jendela dunia.Sejarah manusia yang dituliskan kedalam buku sangat bermanfaat bagi kita, isinya merupakan pelajaran tentang kehidupan yang berguna pada masa kini. Sejarah yang ditulis dapat menjadi rahmat bagi kita, ertinya suatu peristiwa yang baik dalam sejarah harus kita ikuti, sebaliknya peristiwa yang buruk harus kita hindari.

Sunday, 18 March 2012

PROGRAM NILAM 2012

SENARAI PEMENANG BULAN JANUARI DAN FEBRUARI 2012

PENGUNJUNG BERTUAH
1. AINA NAJWA - 2RK
2.NURUL JANNAH - 1 A
3.PN. HJH. UMMI KALSOM
4. PN. ROSLIZA BT HAMZAH


PEMINJAM BERTUAH
1. JANANI A/P RAMANATHAN - 4A
2. EN.ANIZAT B TARLAN


PEMBACA TERBANYAK
1. NOR AZLINA BT ABD AZIZ - 3RK (82 BUAH BUKU)
2. MAGESWARY A/P KANNAN - 2H (54 BUAH BUKU)


SUDUT NILAM KELAS
KELAS 2RK

Thursday, 8 March 2012

Buku Bercakap Dengan Jin



Pernahkah anda mendengar tentang buku ini ? Ia dikatakan antara buku yang telah mendapat sambutan bagi peminat dunia misteri dan alam ghaib. Pengarang buku ini bernama Tamar Jalis. Ianya mempunyai beberapa siri terbitan.Tamar Jalis adalah nama samaran Mohd. Radzi B Mahmud.Siri buku ini telah mencecah 284 buah siri.Ia dikategori sebagai sebuah buku Novel dan telah diterbitkan sejak 1981.Jualannya hampir mencecah sejuta naskah.


Kini telah keluar berbagai buku dan novel yang seperti ini.Seperti juga isu filem dan drama berbentuk seram di kaca tv dan pawagam adakah buku-buku seumpama ini sesuai untuk bacaan peringkat mereka yang masih berusia muda?









Tuesday, 6 March 2012

WOW! PSS PSN


Pusat Sumber di Pusat Sains Negara

Pusat Sumber PSN pada mulanya ditubuhkan sebagai tempat rujukan kepada staf PSN di dalam menjalankan tugas mereka. Apabila koleksi Pusat Sumber PSN menjadi semakin besar pihak pengurusan PSN merasakan koleksi ini patut dikongsi bersama dengan orang ramai. Mulai tahun 2000 orang ramai mula dibenarkan menggunakan kemudahan di Pusat Sumber PSN secara percuma. Bermula dari November 2005 perkhidmatan pinjaman hanya diberikan untuk ahli Kelab Pusat Sains Negara sahaja.
Koleksi utama pusat sumber adalah di dalam bidang sains dan teknologi. Koleksi bahan dipilih untuk memenuhi kehendak pengguna yang terdiri daripada:-
Kakitangan PSN
Golongan pelajar
Masyarakat umum
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah:-
Pinjaman
Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan
Perkhidmatan fotokopi - Perkhidmatan disediakan dan dikenakan bayaran 10 sen sekeping bagi saiz A4 dan 30 sen bagi saiz A3
Tempahan Bilik Pandang Dengar
Perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat - Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan Perpustakaan secara lebih berkesan, membantu mendapatkan maklumat/bahan-bahan yang diperlukan, memberi tunjukajar cara menggunakan katalog dan bahan-bahan rujukan dan menjawab segala pertanyaan.
Pameran prolehan baru - Buku yang baru diterima dan telah siap diproses akan dipamerkan selama sebulan sebelum dibenarkan untuk pinjaman.
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Khamis : 9.00 pg - 5.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 12.15 tgh & 2.45 ptg - 5.00 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 1.30 tgh
Ahad, Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga serta cuti umum : Tutup
Ahad dan cuti umum - tutup 

Dari gambar di atas pasti ramai yang teruja untuk ke sana.Tentu seronok mencari ilmu di tempat yang selesa dan menarik.