Monday, 22 July 2013

Sunday, 21 July 2013

Bulan Kemerdekaan 2013

 
Salam sejahtera semua....
Hari ini sekolah melancarkan Bulan Kemerdekaan 2013.
Marilah kita sama-sama menyemarakan sambutan kemerdekaan dan semaikan perasaan cintakan tanahair kita! Kita juga boleh menambahkan pengetahuan kita mengenai tokoh-tokoh negara kita yang telah banyak berjasa kepada negara.
Buku bertajuk Mencari Damai Di hati ialah salah satu contoh buku yang baik untuk bacaan kita. Buku ini adalah berkisar tentang kehidupan mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali dengan panggilan Pak Lah.
Buku ini telah ditulis oleh S.Hashim Ahmad.Buku yang agak tebal halamannya ini menceritakan kisah kehidupan Pak Lah sebelum dan setelah bergelar Perdana Menteri. Bagi yang ingin membaca buku ini bolehlah mencarinya di pusat sumber sekolah dengan nombor 920S.H di rak buku berkaitan.

Thursday, 18 July 2013

Lestari Cemerlang

Pada 29 Jun 2013 yang lalu berakhirlah kerjasama syarikat MNRB dan pihak SMK Slim di mana pihak PSS juga turut bergiat aktif dalam menjana aktiviti untuk para pelajar berdasarkan bantuan yang di terima.
Menerusi program yang dijalankan sejak 2011 itu, MNRB memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan pelbagai program berbentuk akademik termasuk Hari Anugerah Cemerlang, baru-baru ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Manakala, majlis penutupan Program Lestari Cemerlang yang turut diadakan pada masa sama bertujuan mengiktiraf dan berterima kasih kepada MNRB yang membantu sekolah menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar.

Pengetua SMK Slim River, Siti Mariam Junid berkata, menerusi sumbangan khidmat komuniti itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan sekali gus meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam aspek kokurikulum dan akademik.

“Sokongan ini bukan saja meringankan bebanan sekolah, malah memberi peluang pelajar memperbaiki diri terutama pencapaian akademik.

“Terima kasih kerana melalui sokongan ini juga berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan semua,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Mohd Nizar Zakaria, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad, Din Marican dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Md Lazim Idris.

Program diserikan dengan persembahan tarian Melayu tradisional, persembahan koir serta kehadiran pelajar cemerlang SPM tahun lalu, Nur Hanida Azera Shahidan yang juga dinobatkan Tokoh Pelajar 2012.

Guru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum turut menerima sijil penghargaan.

Sepanjang tempoh program Lestari Cemerlang, pelbagai program akademik dijalankan termasuk kelas tambahan, kem motivasi, penyediaan set ulangkaji sekolah serta sumbangan komputer dan penajaan pakaian sukan.

Menerusi sokongan itu sekolah berkenaan meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan utama ke tahap membanggakan.

Nur Hanida Azera yang memperoleh 9A, berkata program itu banyak membantunya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM.

“Program ini bersistematik dan banyak membantu saya memperoleh pelbagai ilmu serta memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus mencipta kejayaan dan mengejar cita-cita sebagai doktor,” katanya yang kini sedang mengikuti kursus Program Asasi Sains di Universiti Malaya.

Program Lestari Cemerlang akan diteruskan di SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan selepas ini.


Sumber : Harian Metro
              Guru PSS Pn. Noor Fariza Abdul Rahman menerima hadiah penghargaan.

                                        Pengetua SMK Slim Pn. Hjh> Siti Mariam Bt Hj. Joned

                                                                    Koir SMK SLIM


                                                         Berita berkaitan di Harian Metro

Wednesday, 17 July 2013

Rekod Bacaan Murid (NILAM)





Buku rekod bacaan murid untuk NILAM adalah untuk merekodkan kecapaian setiap murid secara individu tahap pembacaan mereka. Buku rekod berkulit berwarna kuning ini dibawah selian guru kelas dan guru kelas lah yang akan mencatatkan jumlah bacaan murid bagi tiap-tiap bulan. Oleh itu adalah amat penting murid mengambil bahagian dengan sekurang-kurangnya membaca sebuah buku pada setiap bulan dan berazam meningkatkan jumlah bacaan pada bulan-bulan berikutnya. Kejayaan mengisi setiap data ke dalam buku rekod ini adalah bergantung kepada komitmen yang ditunjukan oleh para pelajar.
Pihak PSS amat mengharapkan murid sentiasa peka dan mengambil setiap bahagian dalam target kita untuk mencapai tahap pencapaian NILAM dalam tahap yang membanggakan. Membaca sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada murid.Teruskan dengan amalan suka membaca ini,kerana ilmu itu sememangnya luas.

Tuesday, 16 July 2013

Otak kiri otak kanan...Mitos?

Otak kiri otak kanan, atau dikenali sebagai lateralisation of brain function ini ialah satu mitos. Adakah benar?

Mari kita sama-sama membaca hal ini.

Left Brain, Right Brain: An Outdated Argument

The right-handed bias has always been evident in humans, but scientists now are discovering that it is not uniquely human. Monkeys and other primates prefer to hold food with their right hands. Courtesy of 123rf.com.
“I am definitely a left-brained person — I am not very artistic.” How many times have we characterized ourselves as either left-brained and logical people or right-brained and creative people? This popular myth, which conjures up an image of one side of our brains crackling with activity while the other lies dormant, has its roots in outdated findings from the 1970s, and it seems to imply that humans strongly favor using one hemisphere over the other. More recent findings have shown that although there are indeed differences between the hemispheres, they may not be as clear-cut as we once thought..........................

bacaan lanjut di http://www.yalescientific.org/2012/04/left-brain-right-brain-an-outdated-argument/

 

Monday, 15 July 2013

Majalah I-Sihat Julai 2013



Mengapa perlu beli?
Dapatkan info dan ilmu kesihatan anda di PSS SMS anda!
Majalah I-Sihat edisi Ramadhan. Banyak maklumat serta "ulangkaji" perkara-perkara berkaitan puasa dan kesihatan anda. Jom ke PSS!!!!


Tajuk-tajuk utama dalam majalah iSihat Julai 2013:
  • Kolon 'Kotor' Punca Penyakit
  • Ramadhan Bulan Nyah Toksin
  • Masa Yang Tidak Sihat Di Bulan Puasa
  • 8 Cara Semulajadi Redakan Gangguan Perut
  • Tip Berdiet Di Bulan Puasa
  • Cabaran Sihat : Mental Siapa Paling Kuat?
  • 5 Makanan Terbaik Untuk Lelaki
  • 3 Kunci Utama Raih Perut Sixpack
  • Lelaki Terlebih Makan Gula
  • Hidap Asperger : Jafri Kini Tutor Bahasa Jepun
Paling seronok, ada tajuk pasal cara orang berpenyakit diabetik berpuasa, boleh jadi bahan rujukan isi rumah. 


Ramadhan dan ilmu


Apa khabar semua warga sms?
Wah....lama tidak berblog di sini.
Seperti baru saja semalam ...kami warga PSS mengucapkan salam Ramadhan buat anda.....dan tahun ini Ramadhan tiba lagi...sungguh cepat masa berlalu...
Tidak terlewat bagi kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk warga PSS.
Sebenarnya banyak info dan aktiviti yang telah dijalankan dan sedang berjalan di PSS....sokongan padu dari warga SMS akan dapat memeriahkan PSS sekolah kita...
Tidak menarik kalau segala aktiviti yang dirancang oleh pihak PSS tidak mendapat sambutan dari para pelajar dan juga guru serta sokongan dari semua pihak di SMS termasuklah staf dan guru-guru kanan yang lainnya.
Oleh itu...sempena Ramadhan ini kami mengharapkan anda semua teruskan dengan mencari ilmu di PSS....pencarian ilmu tidak akan putus selagi anda termampu...tekadkan azam untuk mencari ilmu sebanyak mungkin...

Sehingga ketemu lagi......