HARI ICT DAN KEUSAHAWANAN SMK SLIM
Tarikh : 21 September 2013
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Slim
Semua dijemput hadir memeriahkan acara.
Thursday, 12 September 2013
Sunday, 8 September 2013
PMR semakin hampir!!!
PMR semakin hampir!!!
Teruskan mempersiapkan diri anda dengan lebih mantap untuk menghadapi PMR 2013.Anda boleh lihat countdown di sisi dan di bawah blog ini sebagai peringatan buat anda.
Teruskan usaha
Teruskan semangat sehingga tamat PMR!!!
Teruskan mempersiapkan diri anda dengan lebih mantap untuk menghadapi PMR 2013.Anda boleh lihat countdown di sisi dan di bawah blog ini sebagai peringatan buat anda.
Teruskan usaha
Teruskan semangat sehingga tamat PMR!!!
Friday, 2 August 2013
SELAMAT HARI RAYA
Salam sejahtera semua!!!!
Wah....hari ini adalah hari terakhir persekolahan di bulan Ramadhan ini.Ini bermakna kita akan bercuti dan Hari Raya semakin dekat. Semoga dalam percutian anda semua akan mendapat cuti yang berkualiti. Berkualiti bermaksud anda menggunakan setiap saat dengan perkara yang mendatangkan manfaat buat diri kita dan juga orang lain.
Menyentuh tentang Hari Raya jika anda perasan pada masa ini sukar untuk kita melihat kemeriah kedai-kedai menjual kad hari raya.Rasanya generasi yang bersekolah pada masa ini mungkin tidak begitu biasa atau tidak pernah menggunakan atau menghantar kad ucapan selamat hari raya.Ini mungkin kerana pada zaman ini telah banyak pilihan dan cara untuk kita memberikan ucap selamat hari raya.
Mungkin kita masih boleh melihat kad hari raya tetapi dalam bentuk yang berbeza iaitu dalam bentuk kad hari raya digital.Kemudahan internet yang semakin meluas menyebabkan ramai antara kita menggunakan cara ini bagi mengucapkan selamat hari raya selain dari menggunakan kemudahan telefon bimbit.
Apa pun cara yang digunakan,tujuannya tetap sama iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kita sempena Hari Raya ini.
Saya dan pihak PSS SMK Slim menggucapkan selamat hhari raya buat semua warga SMK Slim.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.
Monday, 22 July 2013
Sunday, 21 July 2013
Bulan Kemerdekaan 2013
Salam sejahtera semua....
Hari ini sekolah melancarkan Bulan Kemerdekaan 2013.
Marilah kita sama-sama menyemarakan sambutan kemerdekaan dan semaikan perasaan cintakan tanahair kita! Kita juga boleh menambahkan pengetahuan kita mengenai tokoh-tokoh negara kita yang telah banyak berjasa kepada negara.
Buku bertajuk Mencari Damai Di hati ialah salah satu contoh buku yang baik untuk bacaan kita. Buku ini adalah berkisar tentang kehidupan mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali dengan panggilan Pak Lah.
Buku ini telah ditulis oleh S.Hashim Ahmad.Buku yang agak tebal halamannya ini menceritakan kisah kehidupan Pak Lah sebelum dan setelah bergelar Perdana Menteri. Bagi yang ingin membaca buku ini bolehlah mencarinya di pusat sumber sekolah dengan nombor 920S.H di rak buku berkaitan.
Thursday, 18 July 2013
Lestari Cemerlang
Pada 29 Jun 2013 yang lalu berakhirlah kerjasama syarikat MNRB dan pihak SMK Slim di mana pihak PSS juga turut bergiat aktif dalam menjana aktiviti untuk para pelajar berdasarkan bantuan yang di terima.
Menerusi program yang dijalankan sejak 2011 itu, MNRB memberi
sokongan padu terhadap pelaksanaan pelbagai program berbentuk akademik
termasuk Hari Anugerah Cemerlang, baru-baru ini bertujuan memberi
pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Manakala, majlis penutupan Program Lestari Cemerlang yang turut
diadakan pada masa sama bertujuan mengiktiraf dan berterima kasih kepada
MNRB yang membantu sekolah menyediakan kemudahan pembelajaran kepada
pelajar.
Pengetua SMK Slim River, Siti Mariam Junid berkata, menerusi sumbangan khidmat komuniti itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan sekali gus meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam aspek kokurikulum dan akademik.
Pengetua SMK Slim River, Siti Mariam Junid berkata, menerusi sumbangan khidmat komuniti itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan sekali gus meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam aspek kokurikulum dan akademik.
“Sokongan ini bukan saja meringankan bebanan sekolah, malah memberi
peluang pelajar memperbaiki diri terutama pencapaian akademik.
“Terima kasih kerana melalui sokongan ini juga berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan semua,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Mohd Nizar Zakaria, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad, Din Marican dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Md Lazim Idris.
Program diserikan dengan persembahan tarian Melayu tradisional, persembahan koir serta kehadiran pelajar cemerlang SPM tahun lalu, Nur Hanida Azera Shahidan yang juga dinobatkan Tokoh Pelajar 2012.
Guru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum turut menerima sijil penghargaan.
Sepanjang tempoh program Lestari Cemerlang, pelbagai program akademik dijalankan termasuk kelas tambahan, kem motivasi, penyediaan set ulangkaji sekolah serta sumbangan komputer dan penajaan pakaian sukan.
Menerusi sokongan itu sekolah berkenaan meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan utama ke tahap membanggakan.
Nur Hanida Azera yang memperoleh 9A, berkata program itu banyak membantunya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM.
“Program ini bersistematik dan banyak membantu saya memperoleh pelbagai ilmu serta memperbaiki kelemahan sedia ada.
“Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus mencipta kejayaan dan mengejar cita-cita sebagai doktor,” katanya yang kini sedang mengikuti kursus Program Asasi Sains di Universiti Malaya.
Program Lestari Cemerlang akan diteruskan di SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan selepas ini.
Sumber : Harian Metro
Guru PSS Pn. Noor Fariza Abdul Rahman menerima hadiah penghargaan.Pengetua SMK Slim Pn. Hjh> Siti Mariam Bt Hj. Joned
Koir SMK SLIM
Berita berkaitan di Harian Metro
Wednesday, 17 July 2013
Rekod Bacaan Murid (NILAM)
Buku rekod bacaan murid untuk NILAM adalah untuk merekodkan kecapaian setiap murid secara individu tahap pembacaan mereka. Buku rekod berkulit berwarna kuning ini dibawah selian guru kelas dan guru kelas lah yang akan mencatatkan jumlah bacaan murid bagi tiap-tiap bulan. Oleh itu adalah amat penting murid mengambil bahagian dengan sekurang-kurangnya membaca sebuah buku pada setiap bulan dan berazam meningkatkan jumlah bacaan pada bulan-bulan berikutnya. Kejayaan mengisi setiap data ke dalam buku rekod ini adalah bergantung kepada komitmen yang ditunjukan oleh para pelajar.
Pihak PSS amat mengharapkan murid sentiasa peka dan mengambil setiap bahagian dalam target kita untuk mencapai tahap pencapaian NILAM dalam tahap yang membanggakan. Membaca sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada murid.Teruskan dengan amalan suka membaca ini,kerana ilmu itu sememangnya luas.
Tuesday, 16 July 2013
Otak kiri otak kanan...Mitos?
Otak kiri otak kanan, atau dikenali sebagai lateralisation of brain function ini ialah satu mitos. Adakah benar?
Mari kita sama-sama membaca hal ini.
“I am definitely a left-brained person — I am not very artistic.” How
many times have we characterized ourselves as either left-brained and
logical people or right-brained and creative people? This popular myth,
which conjures up an image of one side of our brains crackling with
activity while the other lies dormant, has its roots in outdated
findings from the 1970s, and it seems to imply that humans strongly
favor using one hemisphere over the other. More recent findings have
shown that although there are indeed differences between the
hemispheres, they may not be as clear-cut as we once thought..........................
bacaan lanjut di http://www.yalescientific.org/2012/04/left-brain-right-brain-an-outdated-argument/
Mari kita sama-sama membaca hal ini.
Left Brain, Right Brain: An Outdated Argument
bacaan lanjut di http://www.yalescientific.org/2012/04/left-brain-right-brain-an-outdated-argument/
Monday, 15 July 2013
Majalah I-Sihat Julai 2013
Mengapa perlu beli?
Dapatkan info dan ilmu kesihatan anda di PSS SMS anda!
Majalah I-Sihat edisi Ramadhan. Banyak maklumat serta "ulangkaji" perkara-perkara berkaitan puasa dan kesihatan anda. Jom ke PSS!!!!
Tajuk-tajuk utama dalam majalah iSihat Julai 2013:
- Kolon 'Kotor' Punca Penyakit
- Ramadhan Bulan Nyah Toksin
- Masa Yang Tidak Sihat Di Bulan Puasa
- 8 Cara Semulajadi Redakan Gangguan Perut
- Tip Berdiet Di Bulan Puasa
- Cabaran Sihat : Mental Siapa Paling Kuat?
- 5 Makanan Terbaik Untuk Lelaki
- 3 Kunci Utama Raih Perut Sixpack
- Lelaki Terlebih Makan Gula
- Hidap Asperger : Jafri Kini Tutor Bahasa Jepun
Ramadhan dan ilmu
Apa khabar semua warga sms?
Wah....lama tidak berblog di sini.
Seperti baru saja semalam ...kami warga PSS mengucapkan salam Ramadhan buat anda.....dan tahun ini Ramadhan tiba lagi...sungguh cepat masa berlalu...
Tidak terlewat bagi kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk warga PSS.
Sebenarnya banyak info dan aktiviti yang telah dijalankan dan sedang berjalan di PSS....sokongan padu dari warga SMS akan dapat memeriahkan PSS sekolah kita...
Tidak menarik kalau segala aktiviti yang dirancang oleh pihak PSS tidak mendapat sambutan dari para pelajar dan juga guru serta sokongan dari semua pihak di SMS termasuklah staf dan guru-guru kanan yang lainnya.
Oleh itu...sempena Ramadhan ini kami mengharapkan anda semua teruskan dengan mencari ilmu di PSS....pencarian ilmu tidak akan putus selagi anda termampu...tekadkan azam untuk mencari ilmu sebanyak mungkin...
Sehingga ketemu lagi......
Tuesday, 29 January 2013
Mari membaca
Persiapan Sebelum Membaca
- Pilihlah waktu yang sesuai untuk membaca. Waktu yang sesuai disini adalah waktu dimana tidak terdapat gangguan, baik dari luar maupun dari dalam diri kita. Waktu yang sesuai disini bermaksud masa atau ketika yang kita tahu kita boleh memberikan tumpuan 100% pada bacaan. Namun, ada beberapa pandangan bahawa waktu yang baik untuk membaca, khususnya buku pelajaran, adalah di waktu pagi .
- Pilihlah tempat dan suasana yang sesuai untuk membaca, iaitu tempat yang terang, sejuk, bersih, nyaman, tenang dan jauh dari gangguan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.
- Pastikan posisi membaca kita adalah posisi yang sesuai. Posisi yang sesuai pada waktu membaca adalah duduk dengan posisi badan tegak, tidak membongkok, dan pastikan jarak antara buku dengan mata kita lebih kurang 30cm.
- Siapkan juga hal-hal yang biasanya membantu kita dalam membaca, seperti pensil ,nota kecil dan sebagainya.
- Ada baiknya sebelum belajar kita berdoa terlebih dahulu sesuai dengan kepercayaan agama masing-masing supaya ilmu yang kita dapat lebih bermanfaat.
Saturday, 12 January 2013
Kad PSS 2013
Pelajar boleh membuat bayaran sebanyak RM2 dan menyertakan sekeping gambar ukuran pasport untuk tujuan membuat kad PSS , khasnya bagi pelajar Tingkatan Satu 2013 yang baru mendaftar di SMK Slim.Anda boleh berurusan dengan guru kelas.Di harap pelajar dapat menjelaskan bayaran serta menghantar gambar bagi tujuan tersebut dengan kadar segera.
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)