Wednesday, 29 February 2012

Buku Tertua?





Pada tahun 1943, di wilayah barat daya Bulgaria, para pekerja menggali sebuah saluran dan mencari sebuah pusara purbakala dengan lukisan-lukisan di dinding. Di dalamnya juga ditemui apa yang mungkin disebut dalam buku berhalaman tertua yang pernah ditemui. Buku itu mempunyai enam halaman dan semuanya diperbuat dari emas murni. Buku tersebut ditulis dalam bahasa Etruscan. Etruscan adalah orang-orang dahulu yang bediam di Itali lebih daripada 3,000 tahun yang lalu.

Laman-laman buku yang disebut-sebut tertua ini diletak di satu sisi, umpama buku-buku moden. Di dalamnya mengandungi gambar seorang penunggang kuda, puteri duyung, dan beberapa satria. Buku tersebut didonasikan pada Bulgarias National Museum of History oleh seorang lelaki yang tidak ingin identitinya diterbitkan.

Buku kecil yang berumur lebih dari 2500 tahun ditemui secara tak sengaja 60 tahun yang lalu di sebuah makam tua dengan lukisan dinding. Makam itu ditemui di Lembah Sungai Struma Bulgaria ketika pembinaan sedang berjalan.

Seorang warga Bulgaria yang tinggal di Macedonia mempersembahkan artifak tersebut pada muzium dalam keadaan tanpa nama. Lelaki yang (ketika itu) berusia 87 tahun ini mencari buku itu sendiri. Keaslian buku itu telah disahkan oleh dua orang ahli bebas di Sofia dan London, Pengarah Muzium Bozhidar Dimitrov.

Tuesday, 28 February 2012

Perpustakaan terbesar

Gambar di atas adalah antara perpustakaan yang terbesar di dunia.Tahukah anda dimanakah letaknya perpustakaan ini? Di perpustakaan ini katalognya sahaja mendaftarkan lebih daripada 32 juta judul bahan yang terdiri daripada 470 bahasa dan 61 juta manuskrip.Perpustakaan ini telah didirikan pada tahun 1800 lagi.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LESTARI CEMERLANG MNRB

Gambar sepanjang Sesi lawatan YB Dato' Zainol Fadzi Haji Paharudin,Pengerusi Kumpulan MNRB, En. Sharkawi Alis,Timbalan PPD En Osman b Bahari dan rombongan ke PSS

5 buah komputer yang disumbangkan MNRB

Rombongan dan beberapa wakil media

Rombongan di iringi Pengetua SMK Slim

Sunday, 26 February 2012

I-NILAM

TOKOH NILAM

HADIAH TOKOH NILAM & ANUGERAH PSS CEMERLANG
Hadiah pemenang peringkat kebangsaan bagi aktiviti tersebut di atas adalah seperti berikut:

Anugerah Tokoh NILAM (Sekolah Rendah dan Menengah)

- Tokoh NILAM - RM2000.00, Piala, Sijil dan Bhn Bacaan utk sekolah
- Kedua               - RM1500.00 dan sda
- Ketiga               - RM1000.00 dan sda
- Saguhati            - 2 x RM200.00

Anugerah PSS Cemerlang (Sekolah Rendah dan Menengah)

- Pertama             - RM10,000.00, Piala, Sijil dan Bhn Bacaan utk sekolah
- Kedua                - RM8,000.00 dan sda
- Ketiga                - RM5,000.00 dan sda
- Saguhati             - 2 x RM1,000.00 


 

Saturday, 25 February 2012

Cari buku hanya dengan tetikus!!


Ingin sesuatu yang baru ? Lebih canggih dan mudah? atau semakin menyukarkan?
 Google telah memperkenalkan rak buku digital yang dipanggil "Infinite Digital Bookcase" baru-baru ini. Rak buku ini boleh dipusing dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah menggunakan tetikus. Rak ini mempunyai lebih daripada 10,000 judul daripada Google Books yang disusun dan dibahagi kepada 28 subjek.
 Masa untuk sesuatu yang baru bagi kita!!! Klik http://workshop.chromeexperiments.com/bookcase/. Anda juga berpeluang melayari buku-buku percuma hanya dengan memilih subjek "Free Books" yang terdapat pada Senarai Subjek.

Wednesday, 22 February 2012

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS DAN KETUA TINGKATAN

Majlis tersebut telah diadakan pada 20Februari 2012 bagi sesi pagi manakala disesi petang telah di langsungkan pada 23 Februari 2012.Inspektor Shahrul bin Shamsudin daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Slim River telah menyampaikan watikah kepada semua pelajar yang terlibat bagi sesi pagi. Manakala bagi sesi petang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Slim.




Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.

Tuesday, 21 February 2012

Projek sambung kabel ASTRO








Semalam Cikgu Fariza telah memaklumkan saya tentang TV untuk tayangan ASTRO telah pun dialihkan ke bahagian belakang di bilik APD dari bahagian hadapan PSS.Jadi kabel yang sedia ada tidak cukup panjang untuk disambungkan ke tempat yang baru.Kalau upah pasang pun saya jangkakan mahal juga.

Saya melihat terdapat dua alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Yang pertama ialah menyambung sahaja kabel lama dengan yang baru dan kedua mengalihkan saja piring ASTRO itu ke bahagian berhampiran atau berdekatan dengan TV dan kabel lama boleh digunakan.

Untuk mangalihkan piring ASTRO tersebut saya melihat terdapat beberapa kekurangannya.Iaitu untuk mencari tempat letak paling sesuai agar ianya tidak begitu ketara kehadirannya.Dan juga mungkin saya terpaksa menanggung risiko kalau pemasangan saya nanti kurang kemas dan nanti saya akan disalahkan…..heheheh

Jadi saya ambil alternatif pertama iaitu menyambungkan saja dengan kabel baru.Maksudnya disini untuk mengurangkan lagi kos kita Cuma perlu menambahkan panjang kabel dengan yang sedia ada.So kita tidak perlu membeli terlalu panjang kabel yang baru yang akan memakan kos yang akan lebih banyak.

Jadi persoalannya…..bila saya nak mulakan ni????
Kena cari masa sesuai la nampaknya.Untuk memasangnya saya jangkakan mengambil masa 30 minit….masa paling lama kerana saya akan melakukan seorang diri….InsyaAllah …tiada masalah.Saya akan cuba sebaik mungkin.

Jadi alatan telah sedia seperti dalam gambar tu…..semua peralatan adalah hakmilik peribadi ye…..heheheheso tak risau kalau rosak…sendiri marah la….hahahah

So nantikan bila projek ni siap…..;)

InsyaAllah

NJOI

Dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam industri televisyen satelit tempatan, Astro hari ini telah pun mengumumkan perkhidmatan baru daripada mereka, dinamakan sebagai NJOI, dimana melaluinya ia menawarkan perkhidmatan televisyen satelit secara percuma, tanpa sebarang caj bayaran bulanan.
Melalui perkhidmatan Astro NJOI tersebut, para pengguna akan mendapat akses percuma kepada lebih 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio. Buat masa ini, pendaftaran untuknya masih belum dibuka, dan dijangka akan mula beroperasi pada suku tahun pertama tahun 2012 kelak.
Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma, tanpa sebarang caj bulanan, namun para pengguna perlu mendapatkan dekoder khas daripada Astro untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Jika dahulu hanya mereka yang terpilih saja contohnya mereka yang menjadi penerima program eKasih kini orang ramai juga boleh memilikinya.Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.
Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.
Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.
“Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan,” katanya

Monday, 20 February 2012

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas,Pengawas PSS dan Ketua Tingkatan 2012

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas,Pengawas PSS dan Ketua Tingkatan 2012 telah diadakan pada 20 Februari 2012.

Berita dan gambar seterusnya akan menyusul.

Sunday, 19 February 2012

Apa itu USP?

 Apa khabar warga SMS dan semua yang mengunjungi blog ini.Hari ini saya ingin memberi sedikit perkongsian maklumat kepada anda.
Apa USP dan kaitan dengan carian maklumat?
Perkhidmatan USP (Universal Service Provision) diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk kawasan luar bandar dan penduduk bandar dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi dan capaian internet.  Projek ini adalah usahasama di antara Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi (KTAK), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Internet Provider (ISP) yang dilantik seperti Maxis dan TM.
Perkhidmatan ini diperluaskan kepada perpustakaan desa. Pernahkah anda mengunjungi perpustakaan desa ini.?Jikalau tidak pernah anda bolehlah mencarinya di kawasan anda.Mungkin ada tanpa kita sedari.Mungkin anda boleh mendapatkan khidmat dan manfaatnya dari perpustakaan desa ini. 
Perkhidmatan USP ini memberi kemudahan kepada pengunjung untuk menggunakan kemudahan komputer yang dilengkapi jaringan Internet secara percuma.Kebanyakan pengguna USP adalah pelajar sekolah dan menjadi tumpuan mereka pada sebelah petang. Para pelajar ini akan menggunakan talian Internet untuk mencari sumber maklumat sebagai bahan rujukan. Ada juga guru-guru yang sedang mengikuti pengajian lanjutan atau pengajian luar kampus menggunakan USP sebagai salah satu sumber bahan rujukan mereka.
Projek USP ini mempunyai beberapa fasa.Usaha asas yang telah dijalankan ke arah ini sejak beberapa tahun yang lalu adalah melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat
(USP). Program USP menyediakan kemudahan akses Internet dan telefon kepada individu atau kumpulan di kawasan kadar penembusan telekomunikasi yang rendah juga.Pelaksanaan USP berupaya menggalakkan pemasangan lebih banyak talian dan aplikasi telekomunikasi di kawasan luar bandar dalam usah memastikan masyarakat di negara ini dapat turut serta dalam pembangunan negara menggunakan teknologi telekomunikasi.
Pembangunan modal insan seperti mana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri, turut berupaya memainkan peranan yang penting dalam merapatkan jurang digital melalui peningkatan kualiti pendidikan dan latihan.
Urusan pentadbiran dan perdagangan secara elektronik hanya akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya jika negara mempunyai akses kepada infrastruktur ICT yang lengkap dan masyarakat kita benar-benar celik komputer. Usaha kerajaan memperluaskan kemudahan infrastruktur telekomunikasi ke seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar bagi merangkai perhubungan ICT yang menyeluruh dan berimbang akan membantu merapatkan jurang digital ini. 

Saturday, 18 February 2012

Buku NILAM


Kepada murid SMK Slim yang masih tidak mempunyai buku diatas,Isnin ni bawalah duit dan beli di Koperasi sekolah ya..........dan boleh mula menggunakannya...nanti saya akan berikan beberapa contoh cara mengisi buku dengan lebih baik untuk anda....tunggu dan selalulah lawati blog ini...


Friday, 17 February 2012

Rehatkan minda

Selamat berhujung minggu kepada semua.......gunakan waktu ini dengan sebaiknya.....

Thursday, 16 February 2012

豊かな





豊かな (Selamat Sejahtera)

Apa khabar semua???  

Hari ini saya ingin memperkenalkan anda semua dengan logo di atas.Pasti ramai yang sudah tahu bukan? Tapi jangan terkejut jika masih ada yang tidak tahu. Untuk keterangan lanjut akan saya ulas di lain masa.Sebelum itu pelajar cuba cari maklumat logo itu ok!!!!



ดูรายละเอียดเพิ่มเติม !!



Mari mulakan...






Selamat sejahtera warga SMS!!!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu maklumat penting tentang NILAM.Sudahkah para pelajar mendapatkan buku rekod program NILAM seperti gambar di atas? Kalau belum pastikan anda membelinya di kedai koperasi SMS ok!!!!
Marilah sama-sama kita pupukkan semangat suka membaca kerana membaca itu jambatan ilmu!!!

MUCHAS GRACIAS!!!!

Pelancaran Kempen Membaca

Pada 13 Februari 2012 yang lalu, telah diadakan Pelancaran Kempen Membaca dan NILAM 2012.Pada sesi Pagi pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Slim Pn Hjh Siti Mariam bt Hj Joned manakala pada sesi petang telah dirasmikan oleh PK Petang Pn Sharifah bt Sharif.

Antara aktiviti yang diselitkan termasuklah Tiga orang pelajar 4 Aspirasi, Nur Syamsiah, Rubiatul Adawiyah dan Nur Mahirah menunjukkan satu koleksi buku tentang Rasulullah. Mereka turut membacakan sinopsis tentang salah satu daripada buku tersebut. Tuan pengetua juga turut menyerahkan buku rekod nilam kepada semua penyelaras tingkatan.


Wednesday, 15 February 2012

Mesyuarat PSS

Hari ini telah di adakan mesyuarat AJK Pusat Sumber kali Pertama 2012.
Dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Slim Pn Hjh Siti Mariam Bt Hj Joned mesyuarat bermula jam 1.10 petang dengan dihadiri oleh AJK baru 2012.